Laman Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan, W.D.T 40, 90200 KOTA KINABATANGAN
  UNIT KMAM
 
Unit Kawalan Mutu Air Minum

Pengenalan

Latar belakang

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti bekalan air yang dilaksanakan melalui JKR negeri dalam Semenanjung Malaysia, kecuali lembaga-lembaga air negeri (LA) Pulau Pinang dan Melaka, Agensi-agensi ini menyediakan air dibawah tekanan yang telah dirawat kepada kawasan bandar dan juga kepada kawasan-kawasan penduduk luar bandar yang �tidak terpencil�

Sebagai sebahagian daripada Rancangan Kebersihan Alam Sekitar(RKAS) Pejabat Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri menambahkan kepada progran-progran JKR dan Lembaga air dengan membantu komuniti luar bandar yang lebih jauh untuk mendapatkan air yang tidak dirawat yang cukup.

Tamabahan kepada agensi-agensi di atas, setengah insdustri-industri seperti perlombongan, kelapa sawit dan estate-estate getah menyediakan air minum kepada pekerja-pekerja.

Pengawalan mutu air minum adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan suatu jadual program pengawasan sedang dijalankan melalui PPPK Negeri bersama-sama dengan agensi-agensi operasi (JKR/LA)

Jabatan Kimia menyediakan perkhidmatan makmal dalam menguji contoh-contoh air

Untuk sumber-sumber air mentah,Akta Kualiti Alam sekitar 1974 merupakan suatu mekanisma Kawalan untuk pengelakan, pengurangan dan pengawalan pencemaran air di sumber dan dikuatkuasakan melalui Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sain, Teknologi dan Alam Sekitar.

Program Kebangsaan pengawalan mutu air minum yang dicadangkan mewujudkan penyusunan kerja yang terperinci dan aktiviti-aktiviti dalam memperolehi data mutu air minum daripada sistem-sistem bekalan air awam, memproses dan menilaikan data tersebut dan menggunakannya untuk meklumat yang berguna untuk tindakan segera atau perancangan masa panjang dalam melindungi mutu air minum kita.
 


Perlunya Program Kebangsaan Pengawalan Mutu Air Minum

Masa sekarang ini kita hanya mempunyai program-program pengawasan mutu air minum dan bukannya program pengawalan. Pengawasan hanyalah menjadi satu aktiviti dalam suatu program pengawalan. Progran-program pengawasan telah ujud beberapa tahun lalu dan memerlukan kajian semula dan kemaskini sejak itu :,

  • Jumlah pembangunan yang besar telah banyak berlaku
  • Kebanyakan sistem bekalan air telah dibesarkan kerana permintaan yang bertambah dan
  • Adanya keperluan untuk piawaian kriteria untuk rekabentuk program pengawasan
Arah Pembangunan di negeri ini adalah seperti
  • Kemajuan bertambah dalam perbandaran, perindustrian dan aktiviti-aktiviti pertanian
  • Kekurangan kemudahan sistem pembetongan pusat di seluruh negara untuk merawat air kumbahan/effluen
  • Kemarau dan banjir adalah biasa
    Menghasilkan ke pencemaran yang banyak dan pencemaran najis daripada air limbahan (sullage) dan kumbahan ke dalam saliran-saliran air.(sungai-sungai,dll)
Kebanyakan air permukaan dan bawah tanah yang tidak dalam digunakan sebagai sumber untuk bekalan air bandar, dan air yang tidak dirawat daripada anak-anak sungai dan perigi-perigi dibekalkan kepada penduduk-penduduk luar bandar. Jika air minuman yang dibekalkan oleh sistem-sistem tersebut tidak dikawal dengan sempurna, pengguna-pengguna mungkin terdedah kepada risiko yang tinggi.
Program pengawasan mutu air minum sekarang yang tidak mencukupi dalanmmenghalang atau mengurangkan bahaya-bahaya kesihatan daripada meminum air ini jelas ditunjukkan oleh peristiwa-peristiwa berikut.
  • Wabak-wabak penyakit dibawa air seperti typhoid,colera dan gastro-enteritis dan lain masih berlaku dalam Negara ini
  • Kes-kes logam berat (heavy metals), nitrat, flourid, E.coli dal lain-lain diparas yang tinggi masih lagi dilaporkan di dalam air minum.
Setelah menimbangkan perkara-perkara diatas, adalah didapati perlu segera untuk diujudkan satu program kebangsaan pengawalan mutu air minum yang mana selain daripada pengawasan ianya mestilah termasuk kajian kebersihan, pemprosesan dan penilaian data, pemeriksaan institusi dan rancangan pemulihan untuk memastikan air yang digunakan untuk orang ramai adalah sempurna dan selamat


 


Objektif Program

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan orang ramai dengan memastikan air minum yang dibekalkan adalah selamat dan boleh diterima oleh pengguna-pengguna.

Objektif ini boleh dicapai melalui satu program pengawalan yang berkesan dengan mengurangkan berlakunya penyakit wabak air atau keracunan yang berkaitan dengan bekalan-bekalan air awam yang tidak memuaskan.

Program ini memastikan kakitangan kesihatan umum dan kerja-kerja air akan dimaklumkan dengan segera mengenai keburukan dalam mutu air minum dan bersedia untuk mengambil langkah pemulihan sebelum berlaku wabak penyakit atau keracunan berlaku.

 


Skop Program

Program Kebangsaan Pengawalan Mutu Air Minum mesti merangkumi semua sistem-sistem bekalan air awam di negara ini

Definasi bekalan air awam adalah seperti dinyatakan di dalam garis panduan Kebangsaan Mutu Air Minum ianya adalah termasuk

Bekalan Air Awam Bandar

Bekalan Air Awam Luar Bandar

Bekalan Air Awam Persendirian (Swasta)
 


Aktiviti-aktiviti Pejabat Kesihatan Daerah

Merumuskan dan melaksanakan program pengawasan mutu air daerah dan program kajian kebersihan bersama dengan Jabatan Kerjaraya Daerah.

Mengambil contoh air dan melakukan kajian kebersihan seperti yang dijadualkan di dalam program dan menyediakan laporan bulanan aktiviti untuk dikemukakan kepada PPPKN untuk proses selanjut.

Bersama-sama PKRD untuk menyiasat masalah mutu air minum dan membantu didalam tindakan pemulihan dan melaporkan kepada PPPKN.

Memeriksa dengan kerap sistem bekalan air awam persendirian dan melaporkan kepada PPPKN apa-apa perkara yang dijumpai;

Membantu menjalankan penyiasatan seperti rungutan ornag awam atau aktiviti penyelidikan.
 
  Copyright 2008 PKD Kinabatangan/lex  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=